Sila like

Monday, 23 December 2013

MUqaddimah

Pertubuhan Ratibul Haddad Pondok Toksu Sabah (PTS)

Untuk makluman seluruh umat islam sekelian, Pertubuhan ini telah pun mendapat kelulusan dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 20 November 2013 yang lalu. Pertubuhan ini juga telah memaklumkan kepada pihak-pihak berkaitan seperti, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JAHENS) dan beberapa pertubuhan NGO yang lain.

Objektif pertubuhan ini menebarkan maklumat berkaitan adalah bagi menjemput seluruh umat islam amnya,  remaja-remaja dan Belia-belia khasnya bagi menimba ilmu dalam membentuk diri kearah kehidupan yang lebih baik dan berdedikasi dalam menjalani kehidupan berlandaskan Agama Allah, baik dari segi Syaria't Diri dan Syarak dalam kemasyarakatan. Pertubuhan ini menerima sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai dalam meneroka serta menimba ilmu secara sambilan dan juga sepenuh masa. Pihak Pondok juga akan berusaha sedaya upaya untuk menjalankan sesi pembelajaran mengikut jadual-jadual yang telah di tetapkan oleh pihak pentadbiran Pondok dibawah arahan (Muder Pondok).

Pondok ini lebih dikenali dengan nama " Pondok Toksu " berdasarkan Pengasasnya yang lebih mesra dengan panggilan " Toksu ". Pondok ini telah didirikan pada sekitar hujung tahun 2008. Tujuan didirikan adalah semata-mata ianya akan menjadi pusat menuntut ilmu Allah bagi menyempurnakan seruan yang pernah disampaikan oleh Baginda Rasulullaah saw. Tiada lain maksud atas pembinaannya melainkan kerana redha Allah semata-mata. 

Insyaallah, semoga ianya akan mendapat tempat dihati seluruh umat islam, baik di Sabah khususnya, juga di Malaysia amnya, serta Dunia Insyaallah.
Allaahumma Amiin.....

   
Di Lantai Pangkin ini lah tempat pertamanya Toksu berusaha 
untuk merealisasikan Amalan Ratibul Haddad dan 
bersendirian di waktu malam
Pondok ini sekitar pertengahan tahun 2008 
masih lagi berupa sebuah pelantaran ( Pangkin ) 
Pangkin yang dulunya tidak berbumbung telah bertukar kepada
Bumbung kemah, tapi masih kekal lantainya buluh yang di raut.



Projek sampingan Toksu bagi mengisi masa lapang 
Sangkar Ikan Talapia Merah & Ikan Puyu 
Zakaria membantu membancuh simen untuk 
tapak tangga Pondok


Bicara malam di halaman Pondok ( PTS )
bersama-sama Jema'ah & Pelajar dari kawasan sekitar
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment